love

name

Saturday, 18 April 2015

Bismillahirahmanirrahim... 

Stiap manusia diberikan cara kehidupan yang berbeza-beza, personaliti yang berbeza, tingkah laku pun berbeza. Manusia ni cara didikanny akan dicorak dari kecil lagi. Kalu ibubapa pandai mendidik dan melayan anak maka jadi anak berguna la seseorang itu. Tapi kalu salah seorang dari ibubapa itu tidak melayan dan mendidik anakny dengan baik adakah anak itu akan menjadi anak yang tidak berguna??

Sekarang aku tertanya-tanya dengan penyataan ibubapa yang tidak mendidik anak dengan baik. Umur dah 22 tahun. Banyak sangat andaian yang bermain difikiran. Ya aku akui banyak fikiran negative yang timbul. Namun untuk aku mencari jalan penyelesaian semakin aku menemui yang aku banyak melakukan kesalahan semasa hidupku ini. Terutama sekali apabila mendengar ceramah agama aku akan menemui jawapan namun hati ku tetap berkata-kata. 

Adakah cara aku berdiam diri ini sbgai tanda protes??  what can i do.. .

entry hasil nukilan miza

Tuesday, 6 May 2014

Have a new friend

Assalamualaikum.. Semoga warga blogger dalamkeadaan yang sihat..... Lama dah tidak update dekat blog My Life ni.. So hari nie sya nak kongsi la cerita kisah hidup sya..Sapa la yang nak dengarkn kalu nak berceloteh dengan orang..sedangkan kalu ada orang bercerita dengan kita tentang kisah hidupnya mesti kamu bosankan.. Dia sungguh-sungguh bercerita tp kamu mahu tidak mahu je nak mendengar apa lagi nak membals...itu berdasarkan pengalamn dan pemerhatian saya la...so lebih baik berceloteh kat sinikan,sekurang-kurangnya adalah boleh dibaca balik dan kalu ada org nak baca ka tidak baca ka itu hak kamu kalu rajin sangat nak baca...

First of all,tajuk kat atas berkaitan dengan kawan barukan...So mestilah nak tulis tentang kawan baru tak kan nak tulis pasal kawan kamu kot...ok , masa dapat tawaran untk masuk UMS, kawan baru yg pertama saya jumpa adalah yang bernama Mia.Mia nie adalah roomate sya...yg ke dua adalh chaline..chaline pn roomate sya..yg seorg roomate sya,tidak mahu la nak kenalkan sbb dia kwn lama sya..tidk tahu la mcm mna blh satu bilik..

Kawan baru sya yang seterusnya adalah aisya farahana,syira dan lia...lg 2 org tu kwn lma sya..hehheea....kmi suka bergerak bersama-sama.makan bersama,pergi kelas bersama,berkongsi idea,bertukar movie dan mcam -macam lagi la..Tp sya selalu jalan dengan farah,farah nie orang semenajung duduk kat Terengganu,mcm dia kat semenajung kita nie kat Sabah..Farah sangat sporting dgn kami semua.best ada farah nie,diala yg bising,diala yg suka mengingatkan dan kuat senyum sentiasa ceria la orangnya...org yg bca nie ceria ke???


Haaaa...nie la dia yg bernama farahhh yang bertudung oren tu la farah...Farah nie suka sangat bergambar ,,,dan kalu bergambar suka sangat buat mulut duck face....farah jgk setia mendegar orgny dan selalu fikirkan orang lain...tinggal dua bulan jak lg dr sekarag kita habis da tahun satu..nnt sem depan-depan nya susah da nak jumpa sbb kita tidak satu kos..farah kos marketing saya pula banking..

K la sampai sini je la,hasil yang dapat saya taip...dah penat da nie...nnt kalu ada masa free lg sya update ka...k la assalamualaikum W.B.T.................................................................................................................



Akan menyusullll....nantikannnnnnn...
Semua yang ada disekeliling kitaa adalah pemberian daripada Allah..sentiasa bersyukur atas apa yang diberikan olehNya..Kawan yang baik akan membimbing kita ke jalan yang betul..tp kawan yg jahat kita perlu menasihatiny agar berubah ..jika mampu tegur la dia,jika tidak doakn dia agar berubah ke jalan yg benar...yang baik datang dari Allah yg khilaft itu datang dari sya.mohon maaf jika ada tersalh taip..k
senyum,jangan tak senyum...senyum itu satu sedekah taw....okkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk




entry hasil nukilan miza

Saturday, 26 October 2013

ZINNIRAH

ZINNIRAH
Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan akidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah adalah harta yang tiada ternilai bagi setiap individu muslim. Ia merupakan cahaya yang menyinari hidup insan dan menjadi penyelamat dalam mengharungi kesengsaraan kacau-bilau hari pembalasan kelak.
Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan akidah mereka yang telah terpahat kukuh dalam hati sanubari mereka.


Keimanan yang jitu dan kesanggupan mereka mengharungi keperitan hidup telah membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam. Hingga ke hari ini Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa umat Islam.
Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.
Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.
Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam
kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.
“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.
Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar. Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza. Namun begitu,Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku.
Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.
Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya.Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.

entry hasil nukilan miza

Wednesday, 1 May 2013




entry hasil nukilan miza

1.5.2013 6.42pm

Assalamualaikum...
Lamaanya saya tidak buka blog sya..huhu nak dekat 2 tahun da nie..
apa la ko nie miza da lupa ka sama blog mu..hehehe..
Apa-apa pun kalu ada kesempat saya akan menjenguk ko ya blog..
Jangan marah-marah taw..
taw la ko rindu sama aq..(adui perasan lagi)..
ok la nnt aq kan teruskan untuk menjenguk blog ku nie.
Btul2..byeeee..

entry hasil nukilan miza

Tuesday, 8 November 2011

blog anna: Novel Murah

novel rindu cintaku masih ada?????
entry hasil nukilan miza